Saturday, 22 January 2011

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR





Sebagai renungan bersama... tanda2 kiamat yang sudah semakin ketara berlaku saat ini:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya): "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.
~dah terjadi dan sedang berlaku...

2) Zina berleluasa.

"Dan tinggallah manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." – Sahih Muslim.
yang ni memang dah banyak sangat berlaku…
3) Alat muzik bermaharajalela.

"Pada akhir zaman, akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi² wanita." - Ibnu Majah.
Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Gang Starz, Sehati Berdansa, dan macam² lagi…

4) Menghias masjid & membanggakannya.

"Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid." - Riwayat Nasai.
masjid dibina dengan megahnya, namun tidak pula di'imarahkan.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan jiran tetangga.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
ada anak yang tak mengaku ada mak/ayah disebabkan malu, dan ada juga yang langsung tidak mengenali jiran di sebelah rumah.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." – Riwayat Ahmad.
boleh kira betapa sedikitnya bilangan para ulama' yg masih ada...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia." - Riwayat Thabrani.
tak lain tak bukan, yg paling ketara ialah George Bush.... 

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja." - Riwayat Ahmad.
jiran sesama Islam pun adakalanya tidak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Di antara tanda² hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya, keadaannya seperti telanjang".lihatlah mcm² fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani.
yang ni kalau tak percaya, tengoklah sendiri...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengari oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu." - Sahih Muslim.
gossip, fitnah, serta cerita² palsu tersebar luas dengan mudahnya.

12) Banyaknya saksi palsu.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat, akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." –Riwayat Ahmad.
memang ade je berlaku dalam kes² mahkamah...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²." - Sahih Muslim.
Dubai dah dituruni salji, Mina pula dah dilanda banjir...


Lihatlah dan sedarilah hakikat sesungguhnya kiamat itu sudah dikira terlalu hampir tiba. Tanda-tandanya sudah pun dinyatakan dalam hadith2, yang mana semuanya itu disebut sekian lama dahulu, dan telah/ sedang berlaku pada zaman sekarang...



Teguhkan iman, tingkatkan amalan...
moga2 bekalan kita ke sana mencukupi... aamiiin...

APA ALAMAT TETAP KITA?




Tahukah kita, pada saat dan ketika ini, satu angkatan tentera sedang menuju ke arah kita? Datangnya bala tentera ini, tak lain tak bukan, adalah untuk menamatkan riwayat hidup kita! Langkahnya tidak pernah henti, malahan semakin hari semakin dekat, dan hentakan kakinya boleh menggoncangkan jantung kita, mengkocakkan hati kita…

Angkatan tentera ini sedang melangkah setapak demi setapak ke arah kita… tujuannya hanya satu, iaitu untuk ‘membunuh’ kita! Tiada seorang pun yang boleh menghindarinya.. Tiada mana-mana bala tentera pun yang bisa menandinginya.. Tiada sebarang kerajaan dunia pun yang dapat menghalangnya…

Itulah “tentera malaikat maut” yang menjalankan perintah Allah untuk memayatkan kita kerana kita sebenarnya telahpun dijatuhkan hukuman mati sebelum kita lahir lagi! Ya, itulah hakikat yang perlu kita terima: kita telah dijatuhkan hukuman mati sejak dari dalam perut ibu lagi!
Tetapi manusia sering leka dan alpa. Pada waktu tengahari, ketika azan zuhur sedang berkumadang, mereka memenuhi bank Islam, zoo Islam, pasaraya Islam, kedai makan Islam, muzium Islam, perpustakaan Islam… sedangkan rumah Tuhan orang Islam masih banyak saf yang kosong..
************************

Kita terlupa, walau apa juga yang sedang kita lakukan, malaikat maut dan bala tenteranya sedang mara dan langkah mereka tak akan pernah terhenti menghampiri kita.

Kita juga barangkali terlupa bahawa angkatan tentera malaikat maut inilah yang telah mematahkan leher orang-orang yang zalim dengan MATI, dan juga telah mematahkan pinggang raja-raja di singgahsana, juga dengan MATI.

Dengan perintah dan izin daripada Allah SWT, malaikat maut menamatkan cita-cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat, dengan MATI.

MAUT akan menghantar kita dari mahligai yg tinggi ke lubang kubur di bawah bumi…
MAUT akan menghantar kita dari tempat yg bercahaya dan mempunyai eletrik ke bawah tanah yang gelap-gelita…
MAUT akan menghantar kita dari dunia yg penuh dengan pembantu, pekerja, mahupun kuli yang taat, ke ruang yg sempit terperangkap sendirian bertemankan ulat dan cacing...
MAUT juga telah menukar makan minum yang lazat kepada debu-debu yang akan menerjah ke mulut yang dipenuhi air busuk…

Tidak ada lagi sesiapa di sisi...
Sebaliknya kita akan dibiarkan sendirian di sana…
Terpengkap dalam kesunyian dan kegelapan yang menakutkan…


************************
Matahari mulai tergelincir. Kelihatan manusia mulai pulang dari tempat kerja masing-masing... Ada yang cedera di tempat kerja, tetapi esok akan tetap datang bekerja. Ada yang bertekak dan bergaduh di tempat kerja, tetapi esok akan tetap datang lagi dan teruskan bekerja seperti biasa...

Tapi dalam hal berkaitan agama, lain pula jadinya. Pernah lihat ada yang cedera disebabkan agama? Dan jika berlaku pergaduhan di masjid ekoran berbeza fahaman agama, lalu kenapa berhenti daripada terus datang ke masjid?


************************
Wahai manusia yang dikurniakan aqal fikiran, tahukah kalian siapakah orang yang paling “bodoh”? Ya, tepat sekali! Orang yang paling “bodoh” ialah orang yang sering melupakan mati, dan lupa untuk membuat persediaan sebelum dirinya menjadi mayat. Tidak mengapa diri menjadi mayat yang hodoh, tetapi janganlah dibiarkan diri menjadi mayat yang “bodoh” lagi hodoh...

Maka sebelum diri menjadi mayat yang bodoh lagi hodoh, kita semua harus memasukkan isu-isu berkaitan kematian dalam kehidupan harian kita, agar kita sentiasa mengingati mati, lalu membuat persiapan sebelum menjadi mayat.

Kerana, dalam dunia ini terdapat ramai manusia yang perasan sibuk dengan hal keduniaan, dan tidak suka dengan perbincangan mengenai mati kerana bimbang kelazatan dunia akan hilang. Jika dibincang tentang mati sekalipun, apa yang dibincangkan hanyalah tentang keburukan mati kerana dengan kematian itu, mereka akan kehilangan wang dalam bank, harta, tanah, anak isteri, kereta mewah, dan segala kelazatan dunia yang lainnya.


Maka pesan Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu (lebih kurang maksudnya):

>> Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati Mati.
>> Dalam majlis-majils kamu, haruslah diadakan perbincangan mengenai perkara yang menghancurkan segala syahwat iaitu mati.
>> Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan dosa dan menghapuskan cinta dunia.
>> Jika kamu mengetahu apakah keadaan kamu selepas kamu mati, nescaya kamu tidak akan ada selera makan dan tidak dapat menikmati kelazatan air.
>> Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan perasan meminta minta.

************************

Tetapi manusia masih perasan sibuk… pada petang hari, setelah pulang dari kerja-kerja dunia yang memenatkan, manusia mulai menambah penat dengan bersukan sehingga Maghrib… dengan alasan nak hilangkan stress…
Dan pada waktu malamnya pula, manusia mulai bergerak mencari hiburan, juga untuk menghilangkan stress… Tengok wayang, tengok TV, lepak di kedai kopi, berkaroeke dan lain-lain lagi… “nak hilangkan stresslah bang, dah sehari suntuk bekerja…” itulah alasan yang sering diberikan sekiranya perbuatan mereka itu dipersoalkan.


************************
Sesungguhnya, sekiranya kalian menyedari bahawa diri kalian sdg diancam bunuh oleh sekumpulan “gangster”, apakah kalian masih mahu menghabiskan masa kalian berhibur dgn lagu2 yg hanya melalaikan kalian? Apakah kalian masih boleh berseronok di pusat hiburan? Masihkah??? Rasanya nak tidur pun tak lena jadinya…

Justeru itu, beringatlah selalu…walaupun mata kasar kita tidak dapat melihat kewujudan mereka, namun hakikatnya “tentera malaikat maut” sedikitpun tidak pernah mengundurkan diri mereka, bahkan langkah mereka semakin hari semakin dekat menghampiri kita. Langkah mereka adalah langkahan maut. Datangnya mereka tidak lain tidak bukan, adalah untuk ‘membunuh’ kita!

Namun kita pada ketika ini masih lagi leka dan alpa… masih boleh berseronok mencari hiburan duniawi di sana sini…

Di alam kubur sana nanti, ada yang ketika di dunia dahulu pandai menyanyi tetapi sekarang senyap membisu… ada yang melupakan mati tetapi sekarang sedang menjadi mangsanya…

Dan apa yang perlu kita takut dan risaukan pada ketika ini adalah, kita masih belum mengetahui akan apakah ALAMAT TETAP KITA…

Apa alamat tetap kita?
Syurga?

Atau Neraka?


************************

Pesan orang ‘alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita menjadi mayat, maka sebelum menjadi mayat, hantarkanlah (sedekah, zakat, jihad) harta kita ke akhirat sebanyak-banyaknya, kerana tabiat hati yang terpaut pada harta, maka apabila harta telah dihantar ke kehidupan selepas menjadi mayat, maka hati pun akan merasa rindu untuk menjadi mayat, inshaAllah…
************************


Kata Hati: Kalau diperhatikan dunia akhir zaman ni, rasanya macam dah terlalu banyak tanda2 kecil Qiamat… terasa seperti Qiamat semakin hampir… apabila fikirkan Qiamat, terfikir juga ttg kematian… sungguh, adakalanya diri ini juga leka dgn hal-hal duniawi… mungkin sebab pandangan mata kasar tidak dapat melihat betapa “tentera malaikat maut” benar-benar menghampiri diri, mahu membunuh diri ini, maka diri seolah-olah lupa akan kewujudannya…  ya Allah, semoga diri ini masih lagi berada di jalan-Mu, mengumpul bekalan sbyk mungkin dalam menuju destinasi yang pasti… aamiiin…
GADIS YANG PEKAK,BUTA DAN LUMPUH
Wanita solehah, yang merupakan wanita pilihan yang tidak terdedah kepada lelaki yang bukan mahram, diumpamakan seperti bidadari yang dipingit di dalam khemah-khemah. Wanita sebegini akan menjadi penghuni syurga, sebagaimana kisah ibunya Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Syeikh Abdul Qadir Jailani hasil dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dgn Fatimah. Abu Saleh adalah seorang pemuda yg sgt cinta kpd Allah. Kewarakannya boleh dilihat dari sejarah hidupnya.

MENGAMBIL YANG BUKAN HAK MILIK SENDIRI

Sebelum bertemu jodoh dengan Fatimah, pada suatu hari, seperti biasa Abu Saleh duduk di tepi sungai bertafakur. Kemudian perutnya terasa sangat lapar kerana sudah lama tidak makan. Kebetulan waktu itu dilihatnya sebiji epal sedang terapung-apung di sungai. Lalu diambilnya dan dimakan. Semasa sedang mengunyah, maka teringatlah dia bahawa epal tersebut tentu hak milik org. Abu Saleh merasai dirinya telah melakukan dosa kerana memakan buah epal tersebut tanpa meminta izin drpd pemiliknya terlebih dahulu.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh35Jy-W0vKj-2zdW46hD0MqMOVh1RPj1JzTivlRSCPG1F76oShcEAbkN44DWC1bBTEHpr8HrJszvenDsqVerC8H5qv6Aq04C9S1GQ-Lgxm9QkzvJKGHzCfylet4f-hJ4jHtqWJafoIiC1H/s400/epal.jpg

Atas rasa takut kepada Allah, Abu Salleh menyusuri hulu sungai tersebut semata-mata untuk mencari tuan punya epal itu bagi meminta maaf (halal). Setelah berhari-hari berjalan tanpa sebarang bekalan makanan, akhirnya Abu Saleh menjumpai sebatang pokok epal dan yakinlah dia bahawa epal yang dimakan tempoh hari adalah dari pokok itu. Tanpa membuang masa, Abu Saleh terus pergi berjumpa dengan tuan punya pokok epal itu, iaitu Abdullah Saumi yang berketurunan Imam Hussin R.A.

Abdullah Saumi mengenali kewarakan Abu Saleh yang begitu luhur dan berkeyakinan beliau dari keturunan yang baik. Melihat perangai dan akhlak Abu Saleh yang begitu luhur dan mulia, Abdullah Saumi telah jatuh hati dan tidak sanggup berpisah dengan pemuda itu. Lalu Abdullah Saumi membuat helah akan memaafkan kesalahan Abu Saleh tetapi dengan bersyarat. Syaratnya, Abu Saleh mesti berkhidmat dengan beliau selama 12 tahun untuk menguruskan kebun epalnya. Abu Saleh telah menerima hukuman itu dan bekerjalah ia dengan taat selama tempoh tersebut.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!"pekik Fatimah dgn suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yg memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dgn penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!"
 potong Fatimah dgn kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu “Fatimah” di sebalik Fatimah yg dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dgn tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya utk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sbg seorang muslim yg beramal dgn apa yg diyakininya. Duitnya byk dihabiskan utk memenuhi tuntutan dakwah yg seringkali memerlukan pengorbanan yg tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yg membawa dia menemui Tuhannya dgn hati yg tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dlm persatuannya. Malah, Fikri dilihat sbg calon suami yg bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yg dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yg menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri spt pelengkap kpd dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dlm dakwah meskipun hubungannya dgn Fatimah nampak spt tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dgn Fatimah, namun sikap Fatimah yg keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan spt biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kpd masyarakat. Malamnya sibuk dgn mesyuarat dgn sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta dtg ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali drpd pemikiran pendakwah lain yg semudanya.

Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dlm suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dgn luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dpt menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yg kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa utk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah drpd beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dgn Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yg pernah ditanya kpd Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yg tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sbg isteri kedua yg dilafazkan oleh Fikri.


"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jwb Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yg sgt membantu dlm gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sgt membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin.

Setiap kali turun ke lapangan utk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah utk membantu kerja dakwah seadanya. Kadangkala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, spt mesin yg tiada hayat. Namun, inilah yg dia yakini sebelum berkahwin dgn Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yg menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dlm kereta sewaktu dlm perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yg sgt teringin berjumpa dgn madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia dtg program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yg byk membantu Fikri dlm gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dgn isteri pertama Fikri yg byk membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dlm dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yg berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana, bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sgt berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


"PERJUANGAN, " jawab Fikri.



"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [QS al-Taubah 9:24]

***************************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam... KALIAN AKAN DIMADUKAN!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yg bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah utk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sbg punca serta merendahkan harga dirimu dga terjadinya perceraian suamimu dgn isterinya yg pertama iaitu perjuangan Islam!


Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yg pertama yg bakal dinikahinya atau insan yg pertama yg dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yg kedua yg dicintainya, kerana suami yg pertama baginya ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu… 


Lihatlah, betapa pentingnya perjuangan menegakkan Islam sehinggakan ia diibaratkan sebagai “isteri/suami” pertama pasangan kita, lalu hadirnya kita adalah sebagai yang kedua, bukanlah yg pertama. Janganlah kita tertipu dengan ni3mat dunia kerana semuanya hanyalah pinjaman semata-mata... akhirat jualah yang kekal abadi. Oleh itu, buat semua muslimin mahupun muslimat, bantulah isterimu atau suamimu, dan kuatkanlah dia utk meneruskan perjuangan Islam ke serata dunia! Takbir! Allahuakbar!


# Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.

“Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian.” (Hadith riwayat Muslim)

# Muslimah sejati tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: 
Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

# Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan menjaga kehormatan (kemaluan) mereka (tidak berzina atau mendekati zina)...” (Surah An-Nuur: 31)

# Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand, tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

“...Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka berjalan sambil mengoyangkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan...” (Surah An-Nuur: 31)

# Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”(Surah Al-Ahzab: 32)

# Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya.

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.” (Surah At-Taghabun: 11)

# Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul,tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Hadith Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)



Kata hati: 
Wujudkah ciri-ciri muslimah sejati ini dalam diri ini? Ya Allah, bimbinglah daku... peliharalah daku... lindungilah daku... semoga diriku thabat di jalan-Mu, istiqamah melaksanakan perintah-Mu... aamiiin...

Sebagaimana yg kita sedia maklum, syaitan asalnya juga ditempatkan di Syurga. Namun disebabkan keingkarannya mematuhi perintah Allah utk sujud kpd Adam, maka akhirnya syaitan dihalau keluar dari Syurga, lalu ditempatkan di Neraka. Dan oleh sebab itu juga, syaitan merasa tidak puas hati dan dendam, lalu memasang niat utk sentiasa berusaha menyesatkan anak-anak Adam.

Dalam merealisasikan impiannya, syaitan mempunyai byk strategi utk menggoda manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran. Sasaran utamanya adalah dgn memanfaatkan hawa nafsu, yg sememangnya memilik kecenderungan mengajak manusia kpd keburukan (ammaratun bis su’).

Syaitan seakan-akan mengetahui kecenderungan nafsu kita, lalu terus berusaha agar manusia keluar drpd garis yg telah ditentukan Allah. Dalam setiap apa jua yg kita lakukan, pastinya kita tidak terlepas dari gangguan dan bisikan syaitan. Sdgkn dlm solat juga kita kadang-kadang merasa was-was (contohnya, sudah rakaat ke berapa), yg mana was-was itu dtgnya dari syaitan. Inikan pula dlm hal2 lain dlm kehidupan seharian kita.

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka” (35: 6)

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibubapamu daripada Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”(7: 27)

Di sini jelas, syaitan tidak lain tidak bukan, hanyalah mengajak manusia spy turut menjadi ahli Neraka. Sebagaimana yg telah dinyatakan, sasaran utamanya ialah hawa nafsu, dan ini berkait juga dgn soal aurat. Dan tidak dapat dinafikan, aurat perempuan adalah lebih sukar dijaga jika dibandingkan dgn aurat lelaki. Justeru itu, di sinilah juga syaitan memainkan peranannya dlm menghasut wanita spy tidak memakai pakaian muslimah sebagaimana yg disyariatkan oleh Islam.

Syaitan begitu licik. Syaitan tahu bahawa manusia juga agak sukar dihasut andai mereka punya ilmu agama, walaupun sedikit. Maka syaitan juga dgn pintarnya memainkan peranan sedikit demi sedikit.Step by step. Ingin ketahui caranya? Mari kita perhatikan...


Tahap Pertama: Menghilangkan Definasi Hijab.

Pada tahap ini, syaitan membisikkan kpd para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama; ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bg para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dgn apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.

Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut ganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya utk menyesuaikan diri dgn pakaian penduduknya, walau apa pun yg mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bkn sekadar gaya (fesyen). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.

Lalu di peringkat ini, apabila seorang wanita masih bertahan dgn prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dgn strategi yg lebih halus. Bagaimana caranya?

Pertama: Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kpd para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bhgn hasta (siku hingga telapak tangan). 
"Ah tidak mengapa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yg menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat... tiada apa-apa, kan?"

Kedua: 
Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka dtglah syaitan utk membisikkan perkara baru. 
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yg lebih maju lagi, yakni terbuka bhgn atas dada kamu. Tapi jgn sebut sbg pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit utk mndapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Org pasti tidak akan peduli, sebab hanya sbhgn kecil saja yg terbuka."

Sekali lagi si wanita menurut, lalu dipakainya pakaian fesyen terbaru yg terbuka bhgn leher dan dadanya, dari yg fesyen setengah lingkaran hingga yg fesyen bentuk huruf "V", yg tentu menjadikannya lebih terlihat lagi bhgn sensitif dari dadanya.

Ketiga: 
Berpakaian Tapi Telanjang

Seterusnya syaitan berbisik lagi, 
"Pakaianmu hanya biasa-biasa saja.. apa kata kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yg lebih bagus?". Si wanita befikir sejenak. Pakaian yg macam mana ya? "Byk fesyen dan kain yg agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap/ cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya fesyen pakaian yg ketat dan kain yg tipis bahkan transparent. 
"Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yg disebut oleh Nabi sbg wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: 
Agak dibuka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yg ketat, maka syaitan dtg lagi. Dan sebagaimana biasanya, dia menawarkan idea baru yg sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kpd wanita itu, 
"Pakaian sprti ini membuat kamu susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dgn itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan mmg benar, dgn dibelah mulai dari bhgn bwh hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya.... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.

Inilah tahap awal syaitan merosakkan kaum wanita, yg mana hingga tahap ini, pakaian masih tetap utuh dan pjg, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yg dibuat berbeza dgn hijab syar'i yg sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.


Tahap Kedua: Terbuka Sedikit Demi Sedikit.

Kini syaitan melangkah lagi, dgn tipu daya lain yg lebih "power",tujuannya agar para wanita menampakkan bhgn aurat tubuhnya.

Pertama: 
Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan berbisik kpd para wanita, 
"Baju pjg benar-benar tidak selesa, kalau hanya dgn membelah sedikit bhgnnya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar... Oh ya, ada yg terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yg besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah jilbab yg kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala... org tetap menamakannya dgn jilbab."

Maka para wanita yg terpengaruh dgn bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yg dimaksudkan. Tidak ketinggalan kasut tumit tinggi, yg kalau berjalan, dpt menarik perhatian org.

Kedua: 
Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yg melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, 
"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa org. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yg lebih menarik. Bukankah kini byk skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fesyen baru yg terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa saja yg dibisikkan syaitan dlm jiwanya, dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yg terlihat separuh betisnya ke mana saja dia pergi.

Ketiga: 
Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, 
apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan skrg zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dgn menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, skrg byk lelaki yg menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dgn mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?"bersungut. "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih byk di rumah dan pakaian mereka sgt tertutup. Tapi skrg sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yg terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yg di pasar malam hingga yg berjenama di pusat membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yg dirancang khusus utk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yg ketinggalan zaman."

Demikianlah bisikan syaitan. Maka pakaian yg menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yg memakainya dan sedikit sekali org yg mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya utk melucuti hijab wanita.


Tahap Ketiga: Serba Mini

Setelah pakaian yg menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasakan biasa2 saja, maka dtglah bisikan syaitan yg lain.

"Pakaian memerlukan variasi, jgn yg itu-itu saja, skrg ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yg menampakkan bahagian bwh paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yg terbuka hingga lengan tgn, terbuka bhgn dada sekaligus bhgn punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yg serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sgt beraneka ragam, ada pakaian utk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki. Fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yg sepertinya mustahil utk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea utk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bhgn paling ketara saja yg tersisa utk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yg sering disebut dgn "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Menelanjangi Kaum Wanita" tercapai.

"Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yg melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak ingin mengambil risiko.


Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dlm dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama org tua, jika melihat gejala menyimpang pd anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segeralah diambil tindakan. Jgn biarkan ia berlarutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bg kita utk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mndapatkan laknat Allah. Kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jgn jerumuskan mereka ke dlm kebinasaan yg menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.



Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah. 


“Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama!)” (47 : 14)

“(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yg menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yg sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yg jauh terpesong.” (50 : 27)


Kata Hati: 
Sedih melihat wanita akhir zaman ni yg dah kurang sensitif dalam soal pemakaian, malah lebih mudah terpengaruh dgn fesyen pakaian yg ternyata tidak seperti apa yg disyariatkan Islam. Ketat, singkat, jarang, terdedah, mengikut ukuran bentuk badan, dan sebagainya. Dan yg lebih menyedihkan, bilamana mereka ini dgn bangga dan tanpa rasa malu, sambil tertawa, boleh pula beritahu pd orang lain bahawa mereka juga dahulunya sekolah agama, dan pakai tudung labuh bulat. Seolah-olah mempersendakan pemakaian sedemikian. Bagi mereka ini, saya tertanya2, apakah terlalu sukar utk mengekalkan pakaian sedemikian sebagaimana yg seharusnya?? Apakah pakaian tersebut hanya sekadar uniform sekolah?? Sungguh, saya merasa sangat2 sedih... (T_T)

~ Bersyukur kerana diri ini bukanlah jenis yg mudah terpengaruh dgn fesyen pakaian terkini. Biarlah nampak simple, kolot dan kekampungan di mata manusia, kerana pandangan dan penilaian Allah itu jauh lebih penting dan utama. Semoga diri ini terus istiqomah dgn pemakaian sebagaimana yg Islam syariatkan... Aamiiin ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...