Wednesday 18 May 2011

ulangtahun mama yang ke-46

mama:norihan ILYSM
umur:46(still muda lagi keh!)

incik boyfie send text dkt saya
"awk...ckp kt mama yg sy ucapkan happy besday,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki for "my" mom dan happy selalu"

puan girlissh reply dekat sini
"aauum!terimakasih awk!(sy pulak yg lebih2kn?hehe)ILYSM"

selamat ulangtahun mama yg ke-46

tarikh hati ini sudah menunjukkan angka  46 untuk bulan mei nih. tak sangka pulak eyh? pejam celik pejam celik rupanya genaplah sudah 46 tahun mama hidup kat atas muka bumi ciptaan tuhan yang sungguh sempurna ini. Alhamdulillah. So, aku rasa sangat bersyukur kerana mama diberi peluang untuk menikmati segala ciptaannya even masih banyak lagi yang belum aku terokai bak kata iklan yang selalu keluar kat berita TV3 tu yang bunyinya lebih kurang begini “banyak tempat untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai. Pergilah bercuti.” Something lika that la. Hehe..
Tahun ini sama juga macam tahun-tahun yang sudah dimana tiada birthday party yang akan aku buat kerana semua itu bukanlah satu benda wajib buat aku. Cukuplah sekadar aku bersyukur kerana mama masih diberi peluang untuk hidup dan merasai kehidupan pada usia 46 tahun. Seingat aku, hanya sekali saja ulangtahun mama disambut dengan birthday party. Itupun kerana idea aku yang beriya-iya nak buat  Kalau tak, sorry naik lori la jawabnya. Kui3.
Walaupun kini usia mama sudah menjangkau 46 tahun, tapi mama dapat rasakan tiada apa yang istimewa atau dalam bahasa orang putihnya ‘nothing special’ yang aku lakukan sepanjang aku melalui kehidupan 19 tahun lepas sehinggalah pada hari semalam. Langsung tiada yang menarik dan amazing yang boleh aku banggakan apatah lagi buat mereka yang ada di sekeliling aku especially mama dan abah 1famili lah kan. So sad.. Betul la, hidup seorang manusia yang bernama nurnashuha memang palat. Ah, apa aku merepek nih?!
 Apa-apa pun, aku  nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kat mama dan abah (walaupun aku yakin yang mereka takkan buka dan baca blog akak ni) kerana telah mendewasakan aku dan berusaha menjadikan aku manusia yang sempurna walaupun aku tahu ianya bukanlah suatu yang mudah kerana sehingga kini aku masih juga belum sempurna. Tapi itu bukan salah mama dan abah kerana ianya adalah salah aku sendiri yang tidak pernah berusaha untuk menjadi manusia yang sempurna.
SELAMAT ULANGTAHUN MAMA ILOVEYOU-nashuha


assalamualaikum,selamat tengahari korang:) artikel ni best dan bermanfaat pd korang renung2kan oke loveyou-nashuha

subjek:salah satu hadis yang menarik tau:)


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya... Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

  Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

   Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

     Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

     Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.' walahualam...:)


p/s:sesungguhnye adil bg org yg beriman...:)

Jam Budak Punk


Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...