Tuesday 31 May 2011


    

Saat Rindu Berbisik

                                                                                                                                                          Selepas pulang dari kerja, Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang.
15 minit kemudian pintu dibuka dari luar. Nurul berlari-lari anak menuju ke pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan salaman dan senyuman yang paling manis.
“Abang dah balik? Rindu sayang tak? Hehe...
”Haris tersenyum mesra sambil mencium ubun-ubun Nurul.“Mestilah abang rindu isteri abang...”Jawapan itu cukup untuk membuatkan Nurul berasa sangat bahagia.
Begitulah rutin harian mereka semenjak empat tahun lebih mereka mendirikan rumahtangga. Tanpa rasa jemu, tanpa rasa kekurangan kasih sayang walau sedikit pun. Walaupun mereka masih belum mempunyai cahaya mata, namun mereka tidak pernah berasa perkahwinan mereka kosong. Sudah banyak kali mereka berusaha, tetapi mungkin kerana rezeki masih belum berpihak kepada mereka berdua.

“Ris…aku tengok kau ni dah dekat lima tahun kahwin tapi masih takde anak lagi. Bila kau nk dapat gelaran ayah ni?”…Haris cuma mengerutkan keningnya.
”Aku bukan tak usaha Man, tapi tak ada rezeki kami lagi. Aku dah check kat hospital, doktor kata kami tak ada masalah tetapi rahim Nurul tak kuat untuk mengandung, mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada la, aku akan usaha lagi. Semua rezekikan daripada Allah...”,Haris menjawab panjang.
“Tapi Ris, sampai bila? Aku rasa tak ada salahnya kau cuba dengan org lain, bukannya kau tak mmpu kahwin lain. Kau ada pangkat, gaji besar...Lagipun Suri tu, aku tengok macam sesuai sangatlah dengan kau...”, Norman mengusulkan cadangannya.
Cuti sekolah menjelang tiba. Seperti biasa Haris dan Nurul akan pulang ke kampung untuk melawat orang tua Haris. Nurul pula merupakan seorang anak yatim piatu sejak dia kecil lagi. Seperti biasa, buah tangan untuk mentua tidak pernah dilupakan Nurul.
Sampai sahaja di rumah Haris, kedua-dua mertua Nurul menyambut kepulangan mereka seperti kebiasaannya. Tiba-tiba ibu mertuanya bertanyakan soalan yang selama ini memang sering meniti di bibir ibu mertuanya itu. ”Hai Nurul..tak besar-besar lagi perut tu? Bila nak ada isi?”, ibu mertuanya tersenyum sinis menantikan jawapan daripada Nurul. Nurul hanya tersenyum, walaupun hatinya berasa sangat sedih.
“Tak ada rezki lagi mak...”, jawabnya pendek. Nurul terus ke dapur menyiapkan makanan tengah hari kegemaran mentuanya memandangkan hari sudah pun lewat petang.
Di ruang tamu, ibu dan ayah Haris merenung Haris dengan penuh harapan. ”Ris, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak, kamulah satu-satunya anak kami. Kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata...”, ibu Haris memulakan bicara apabila kelibat Nurul mula menghilang ke dapur.
Haris mengeluh panjang. ”Kami dah cuba mak, tapi tak ada rezeki lagi...”, jawab Haris. “Mak tahu Ris…Nurul memang menantu yang baik, lemah lembut, sopan santun, rajin, dan mak tahu kamu sayangkan dia. Tapi mak harap sangat dapat tengok zuriat kamu sebelum mak dan ayah menutup mata. Kamu cubalah nasib dengan orang lain pula, mungkin dapat siapa tahu…”, ibunya memberikan cadangan. “Tengoklah macam mana mak…”, Haris menjawab dengan acuh tidak acuh.
Semenjak pulang dari kampung, fikiran Haris bercelaru. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya yang menyebabkan perasaan serba salah menguasai diri. Kata-kata sahabatnya dan ibunya mula terngiang-ngiang di telinga.
Nurul mula melihat perubahan pada diri suaminya. Haris mula menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi gurau senda mahupun kata-kata romantis yang meniti di bibir haris setiap hari seperti hari-hari sebelum ini. Haris juga sudah mula pulang lewat malam dan jarang bercakap dengannya. Nurul kian merindui suaminya yang dahulu.
Perasaan sedihnya disimpan jauh di sudut hati. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan seperti biasa. Nurul tidak jemu menyedikan makanan buat suaminya walaupun terkadang makanan itu langsung tidak dijamah oleh Haris. Hatinya kecilnya sering berbisik,“Abang...Nurul betul-betul rindukan abang...”, sambil matanya bergenang air mata kesayuan.
Di pejabat pula, Haris kini semakin rapat dengan Suri. Mereka mula keluar makan bersama dan kelihatan sentiasa berdua. Haris mula berniat didalam hatinya untuk memperisterikan Suri.
Suatu hari, ketika sedang mengemas ruang tamu, Nurul berasa pening dan hampir pitam. Badannya berasa sakit-sakit dan seperti hendak demam, Dia menunggu haris pulang untuk menghantarnya ke klinik setelah menelefon Haris untuk memberitahu tentang keadaannya.
Ketika Haris pulang, Nurul terus menyatakan hasratnya untuk ke klinik tetapi jawapan yang diterimanya cukup hambar. Haris menyuruhnya ke klinik sendiri atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat penting dengan majikannya. Namun sebaliknya, Haris sebenarnya sudah berjanji dengan Suri untuk keluar makan tengah hari bersama pada hari itu.
Dengan penuh kesedihan Nurul ke klinik dengan menaiki teksi kerana tidak tahan akan kesakitan yang dirasainya, kepalanya berdenyut-denyut. Selesai pemeriksaan doktor, Nurul berasa seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung dua bulan. Lantas dia memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu Haris tentang berita gembira tersebut.
Nurul menunggu kepulangan Haris dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan seulas senyuman yang amat manis. Namun ternyata Haris tidak pulang ke rumah pada hari itu. Dia menanti penuh hampa.
Pagi besoknya, Nurul terdengar kereta Haris masuk ke perkarangan rumah. Dengan cepat dia bangun dari pembaringan dan keluar ke ruang tamu.
”Abang, abang ke mana? Kenapa tak balik malam tadi? Nurul rasa risau sangat...”, tanya Nurul sambil memegang erat jari-jemari suaminya itu.
”Tidur rumah Norman...”, jawab haris ringkas.
“Abang, sayang nak tanya sikit boleh?”. Haris mengangguk perlahan.
“Kenapa abang dah lain sekarang? Abang dah tak pedulikan sayang lagi…”, ada tangisan dalam kata-katanya tika itu.
Haris yang ketika itu masih dalam keadaan mengantuk mula berasa marah apabila mendengar pertanyaan Nurul.
“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tak dapat bagi aku anak, aku perlukan zuriat, aku nak jadi seorang ayah. Orang tua aku hendakkan cucu. Untuk pengetahuan kau, aku akan berkahwin lagi untuk dapatkan anak! Faham?”, Haris menjawab lantang dan kemudian bergegas ke bilik untuk mendapatkan beg pakaiannya dan mengambil beberapa helai baju untuk keluar dari rumah.
Bagaikan halilintar membelah bumi, Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris. Ternyata berita gembira yang ingin disampaikan disambut dengan berita duka daripada suaminya sendiri. Haris bergegas keluar tanpa sempat mendengar kata-kata dari Nurul. Nurul yang terpana dengan kejadian tersebut berasa amat terkejut, dia jatuh terjelepok dan tidak sedarkan diri.
Di hospital, Nurul mula sedarkan diri selepas pengsan selama tiga jam. Haris yang berada disisinya dengan erat memegang tangannya.
“Sayang, maafkan abang…Abang tak tahu sayang mengandung.” Haris dengan penuh kesal mengucup tangan Nurul. Dia tahu sikapnya kebelakangan ini benar-benar mengguris perasaan Nurul. Haris benar-benar menyesal.
Nurul bernasib baik kerana jiran mereka yang ingin menziarahinya ketika itu terlihat dia pengsan di ruang tamu. Jika tidak, Haris tentu menyesal sampai bila-bila sekiranya apa-apa berlaku pada Nurul dan anak dalam kandungannya. Hati kecil Haris mengutuk dirinya sendiri kerana cuba menduakan Nurul. Betapa besar pengorbanan Nurul selama ini yang setia menjadi isterinya. Haris insaf.
Doktor menasihatkan mereka agar menjaga kandungan Nurul dengan lebih berhati-hati memandangkan rahimnya tidak cukup kuat dan anak yang dikandung Nurul adalah anak sulung. Haris membawa Nurul ke hospital sebanyak dua minggu sekali untuk pemeriksaan tekanan darah dan kandungannya.
Sembilan bulan ditempuhi Nurul dengan penuh kesabaran. Dalam diam, Nurul menyimpan rahsia yang amat besar tanpa pgetahuan Haris. Pada awal kandungannya, doktor sebenarnya tidak menggalakkan Nurul untuk melahirkan anak itu lantaran risiko yang amat tinggi bakal dihadapi. Namun Nurul tetap berkeras dan nekad melahirkan zuriat suaminya dan meminta doktor untuk merahsiakan dari Haris semata-mata untuk membahagiakan suaminya.
Di saat nurul berjuang untuk melahirkan anaknya, Haris menerima sepucuk surat yang ditulis oleh nurul sepanjang mengandungkan zuriatnya.
Abang…pada saat kita bahagia bersama, sayang adalah insan yang paling bertuah di dunia ini kerana dapat menjadi isteri abang. Namun, sejak abang mula menjau, sayang terlalu ingin menyatakan sesuatu yang sudah lama sayang pendamkan selama ini. Abang...sayang benar-benar rindukan abang. Sayang rindukan abang yang amat sangat. Andai sayang terkorban, abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti mana abang menjaga sayang selama ini. Abang, ampunkan segala dosa sayang dan halalkan makan minum sayang...Yang merinduimu, Nurul.
Air mata Haris bercucuran membasahi pipi saat dia membaca warkah tersebut dan ketika doktor datang memberitahunya bahawa Nurul sanggup berkorban untuk melahirkan anak itu walaupun dia tahu risikonya amat tinggi.
“Encik Haris, sebenarnya Puan Nurul sudah diberi pilihan sama ada ingin melahirkan anak ini atau tidak kerana mungkin salah satu nyawa akan terkorban. Tetapi Puan Nurul menyuruh kami agar mnyelamatkan anaknya berbanding drinya kerana katanya Encik Haris sangat-sangat inginkan anak ini.”
Haris terkedu mendengar penjelasan daripada doktor sebentar tadi, lidahnya kelu. Hatinya menangis.
“Ya Allah, selamatkan isteriku..aku tidak mahu kehilangannya ya Allah…Selamatkan jua zuriat kami ya Allah, Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberi...amin.”
Hampir enam jam Nurul berada di bilik pembedahan, akhirnya doktor keluar seraya mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada Haris.
”Tahniah Encik Haris, anak encik selamat, anak lelaki.”
“Alhamdulillah...”, Haris mengucap syukur.
“Isteri saya macam mana doktor?”
“Ermm..Ya, isteri encik juga selamat, syukur kepada Allah.”
Haris tunduk, ada butir-butir suci menitis keluar dari kelopak matanya, lafaz kesyukuran di ucapkan tanpa henti dalam hatinya, Dia terus berlari kearah isterinya.
Nurul yang masih lemah memandang Haris.
“Sayang...andai diberi pilihan, abang akan memilih untuk selamatkan sayang. Anak kita boleh usahakan lagi, tapi isteri seperti sayang, abang tak akan dapat cari pengganti sampai bila-bila, sayang terlalu istimewa. Terima kasih sayang...Abang cintakan sayang…”Haris mengucup ubun-ubun isterinya sambil memegang erat tangan Nurul.
“Sayang juga cintakan abang. Terima kasih abang…”, Nurul menjawab kemudian terlena kerana berasa terlalu penat.
Hargailah Pengorbanan Seorang Isteri....
i ada banyak soalan nak tanye u
tapi i tak tau nak mula dr mana
apa yang i tau, i nak sgt tau
knp ye u syg i?
knp ye u perlukan i?
knp i pilihan u antara semuanya?
knp i?

i tak tahu apa yg ada dlm isi hati u
tp apa yg i tau:

antara bnyk lelaki yg i kenal
u pling manja dlm hati i
u make me smiles always
u buat i rasa bahagia itu milik i
u buat i gelisah bila u tiada
u buat i resah bila u sakit
u buat i ternanti-nanti u

apa yang peliknya kan?
>u tak pandai merajuk
>u kuat membebel bila i degil bile xnk makan ubat
>u suka buat suprise but kdg2 tak jadik
>u suke buat i kecik hati

tapi u mampu buat i melayang-layang
u buat dunia i indah
u serian harihari i dengan pelangi yang ceria
u umpama sinar yang menerangi segalanya ketika i memerlukan u tidak kira susah atau senang
walaupun u tak pandai nak tunjuk kasih sayang u pada i(cover lebih lah!)
but ada satu tarikan yang kuat buat i nak dtg kat u
but i don't know wht this something hmm
tapi antara semua dalam hati i 
u lah yang sempurna
walaupun u tu cekeding hehehe:)
tapi itu bukan penghalang
ILOVEYOU
IMISSYOU ALWAYS lah kot!hehehe
hope u still always disisi i




***knp awak perlukan saya??

***adakah kita serupa??

saya perlukan awak sebabnya awak bagaikan helaian nafas yg saya hembus
setiap saat awak akan masuk dalam paru-paru saya( in & out), awak 
bantu saya meneruskan hidup ini
dan memberikan saya peluang tuk menikmati keindahan dunia ini
awak juga bagaikan magnet yg suka menarik bibir saya untuk senyum
kiri ke kiri, kanan ke kanan.. opss! smpi telinga dah la.. heheh
awak buat saya lemah bila awak tiada
so bila ada awak saya kuat, nmpk sgt kan saya perlukan awak untuk lindungi saya
saya perlukan awak untuk tenangkan saya
saya perlukan awak untuk bangunkan saya
saya perlukan awak untuk teruskan sumanya
saya perlukan awak untuk SEMPURNA


saya SEMPURNA dengan awak
_____█████
______________________________
███____██_██_____███
_____________________________██________██__________
____________________________██______________________██
________██████____________██________________________██
_____███████████________██________________________██
____█████████████_______██_______________________██
___███████████████______██______________________██
___████████████████______█___________________██
___████████████████_______██_________________██
____███████████████_______██_______________██
_______███████████_______██__██_____________██
___________███████______████___██__________██
____██████__██████████████_____██_____██
__██████████████████████________██__██
_████████████████████_____________████
██_█████_████████████_______________
█__█_██__████████████
_____█__████████████
_______█████████████
_______██████████████
_______███████████████
________███████████████
_______███████__████████
______███████_____███████
____█████████________█████

terimalah hati saya.. jagalah seperti mana saya jaga ati awak dalam hidup saya.. =)
kisah seorang ibu
this story i copy from student forum
ketika bce cerita ni ,i hanya terfikir mama i dan i feel so sad hmm:'(
try fhm this story okeyh!


ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

Monday 30 May 2011

lama tak berblog becoz line tersangat laa slow!!!

assalamualaikum wbt all lovely reader:) korang sht?erm skrg ni musim tak berape okeyh!termasuk i yg bru baik demam then ttbe mata bengkak sakitnye mmg tak terkata..hhmm hope cpt2la smbuh..korang tgh buat apa?heee last week incik boyfie i dtg rumah bwk i berjalan2 teman dia prg hospital!serius tak suke..dia asyk tgk nurse lawa n cumel je!alaaa i tak kisah becoz doktor handsome pun ada waaaaa adilkan u?hahaha...okeyh2!lepas je dia da check segala bagai..i pon plan nak pergi zoo negara sbb i nak buat shoot kat sne but mcm da lated je sbelum plan nk prgi zoo teman dia ambil brg2 utk niaga(ikuutt je laaa kan)..tu sbb lambat daa hmm:( okeyh kebetulan pd hari tuu dekat putrajaya ada buat HIMPUNAN 1 JUTA BELIA so plan laa prg ke sna..(boleh shopping)hehehe..da smpai wahhh!serius pnjg gilerr smpai kat PICC bukan KLCC hahahah..then jalan2 laaa kat situ..with my b awww!loveyou heee then jln2 i nmpak booth Ayun Ayunar,wah shopping laa shawl n inner kat situ,menepati citarasa tau tak?!terimakasih u,belanje i lg weeeee...hehehe,u terimakasih for everythings bnyk sgt u perhabiskan utk i..u pun mkin lame makin aaww!ahaakkz!n tenz utk PINGU tu serius comel!like me laaa tuuu hehehe..apaapa pun tq for evrythg,


p/s:terimakasih untuk segalanye my sunshine:)

Monday 23 May 2011

assalamualaikum wbt korang :) hmmm hari ni duit dpt lebih sikit so i beli 2pensil eyeliners 1-black 1-silver i smpai je dekat sinma tuu terus crik eyeliners silver but da habis hurm belek2 terjumpe lah eyeliners pnsil..apa lg i beli lah kann heeee hepi :) then i tgu bus dekat 3HOURS oke!!sabo je laa ergh!pns terik then mendung alhamdulillah sampai jugak bus tuu ingtkan da tak tahu jalan dah!heeee(geram k)hermm kat tempat korang mst hujan kan kan kan?da balik jiran i calling suruh dtg rumah(dpt mkn woo)then dekat 5stgh i turun balik rumah letih!apa lagi i try la gune eyeliners pensil tuuu weeee sukesukesuke sangat!(mcm tak pernah pakai jee -.-)eyh lantak laah!korang only girls msti suke kan?tengah beronline tibetibe dpt text from my ex!heyy!menyampah lah!just text semata2 nak gambar i hello!!u ingat i ni xder akal ke?!salah orang laaa derrr!nsib baik i doa agr i diberi perlindungan agr u xgngu i dulu u boleh buat i mcm smpahkan???remember?x?its up to you lah!sekarang ni i dah bersyukur padaNYA becoz cinta i dah beralih pada insan yg betulbetul care i bukan sbb my face,my property or whtever!tapi sbb i cinta dgn PENCIPTA i..i doa kan u agr u dpt girlfriend or wife lebih baik dr i..i xdpt nak bg apa yg u nak,Allah Maha Adil..doa bebanyak padaNYA okeyh?maaflah reader terlebih feel pulak dekat sini..sori..|


doa ni khas untuk incik boyfie i:Ya Allah yg Maha Pemurah,terimakasih Engkau telah menciptakan dia dan pertemukan saya dengannya.terimakasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama,terimakasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,terimakasih untuk setiap saat-saat kami lalui bersama.saya datang bersujud dihadapanMU ,sucikan hati ini sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMU dalam hidup saya...tetapi  jika Engkau ciptakan dirinya untukku,Ya Allah satukanlah hati kami,bantulah saya untuk mencintai,mengerti,menerima dia seutuhnya. berikan saya kesabaran,ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangi hatinya. bimbinglah ia agar ia juga mencintai saya dengan segala kelebihan dan kekurangan saya,sebagaimana saya telah Engkau ciptakan.yakinkanlah dia bahawa saya bersungguh mencintai dan rela membahagi saat suka dan duka.aaammiinn:)

Saturday 21 May 2011

Friday 20 May 2011

assalamualaikum wbt korang,selamat petang :D..hari ni aku nak kongsi ilmu ni khas untuk korang yang ad blog lah kan?!see?haaaa hehehe....


blogger semua hari ni nak share ilmu dekat korang?sukesuke tak?!u know wht MALVARE?bukan sejenis makanan,bukan juga sejenis minuman,,hahhaaa TETAPI adalah VIRUS!!!!


kalau nak check ada malvare ke tak kan?ini link http://onlinelinkscan.com/ so korang click2 je kat link tu okeh?!so scan lahh cepat2 blog korang sebelum terkena yeee ^.^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...